NAMA : SALHAZMI FHUAD BIN ESAL
NO MATRIK : 07DKA14F1090
Daripada konteks Tanah Melayu atau British Malaya
seperti yang disebut oleh pihak penjajah , maka rakyat sedar bahawa mereka berada
di dalam penjajahan British. Perlu diingat bahawa semangat kebangsaan pada awal
kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu , ini kerana sehingga perang
dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai taat setia yang tidak serupa. Taat setia orang melayu ialah terhadap tanah
melayu, taat setia orang cina ialah terhadap Negara cina dan taat setia orang
india adalah terhadap Negara india . Maka orang melayu sahaja yang mendapat
tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada pejajahan British pada
tahap-tahap awal.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perkembangan nasionalisme iaitu faktor luaran dan juga faktor dalaman.Bagi faktor
luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus diluar tanah melayu
tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada perkembangan semangat
nasionalisme orang melayu di Tanah Melayu. Faktor-faktor luaran menjadi
pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat nasionalisme orang melayu.
Selain
daripada itu, pengaruh dari jepun sejak tahun 1868, Jepun muncul Negara yang
moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah
memodenkan Negara jepun. Jepun menubahsuai teknologi barat untuk kegunaannya. Jepun
Berjaya meniru teknologi barat, kesan daripada itu, orang asia dan melayu mulai
sedar tentang kepentingan pelajaran,teknologi dan perpaduan.
Bagi faktor
dalaman pula, merupan peristiwa-peristiwa yang tercetus di tanah Melayu dan
memberi kesan yang sangat besar dalam membangkitkan semangat nasionalisme di
Tanah Melayu.Contohnya, kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka.
NAMA : AG SYAFIQ IRFAN BIN AG YACCUB
NO MATRIK : 07DKA14F1062
Nasionalisme merupakan
gerakan untuk mencipta masyarakat yang boleh berfikir secara meluas dan dapat
memberi kebahagian kepada seseorang bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan
membebaskan akal dan fikiran. Nasionalisme juga merupakan tindakan yang
menunjukkan cinta akan kepada bangsa dan Negara. Elemen yang terpenting dalam
nasinalisme ialah cinta akan tanah air. Ini kerana tanpa semangat nasionalisme Negara
Malaysia mungkin tidak akan hidup dengan aman. Kesimpulannya, nasionalisme
adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namum begitu,
semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan berbanding dengan Negara-negara
lain di Asia Tenggara.
Secara umumnya,
semangat nasionalisme ini terbentuk ketika penentangan tokoh-tokoh pemimpin
terhadap british. Ini kerana dasar pernaklukan british yang telah mengubah
peraturan-peraturan yang sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan. Selain itu, campur tangan british dalam adat resam masyarakat melayu.
Oleh itu, pembesar ataupun pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila british menjajah.
Bukan itu sahaja,
terdapat juga beberapa factor yang menjadi pemangkin nasionalisme. Antaranya,
pengenalan sistem politik barat, ini kerana british telah meletakkan seorang
residen yang mengambil alih pentadiran maka para pembesar diberikan pencen dan
tempat mereka telah diganti. Oleh kerana perubahan ini telah mencabar sistem
atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka. Factor yang
seterusnya ialah ketika pendudukan jepun. Jepun telah memberikan harapan palsu
dimana Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dan berjanji akan
memerdekakan mereka. Akan tetapi kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun
telah menyebabkan penduduk tanah Melyu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa
Barat atau Timur.
Nama : Aizul Shakir Bin
Mohd Nor
No Matrik :
07DKA14F1096
Secara umum, gerakan
masionalisme di Malaysia terbahagi kepada dua sudut iaitu masyarakat peribumi
dan masyarakat imigran . Dari sudut masyarakat peribumi, kita boleh
klasifikasikan kepada dua bentuk perkembangan ataupun gerakan iaitu gerakan
radikal bersenjata dan sederhana iaitu gerakan yang dijalankan melalui pertubuhan
dan dessakan media massa. Walau bagaimana pun pengkelasan ini hanya untuk
memudahkan pengkaji-pengkaji menerokai perkembangan nasionalisme di Tanah
Melayu. Saya akan membahagikan pergerakan nasionalisme kepada dua iaitu
pergerakan bersenjata dan tidak bersenjata.
Perkembangan semangat
nasionalisme di Malaysia boleh dikatakan bermula apabila orang Melayu Melaka
menentang kuasa-kuasa asing yang cuba menjajah mereka seperti kuasa Portugis
dan Belanda, dan juga di Kedah yang menentang penguasaan Siam. Terdapat
beberapa sebab utama mengapa penduduk tempatan melancarkan pemberontakan
terhadap penjajahan Inggeris antaranya ialah dari segi faktor sosioekonomi,
agama dan adat resam serta kepimpinan. Aspek sosioekonomi boleh dikatakan
sebagai sebab utama terhadap kewujudan rasa tidak puas hati di kalangan
pemimpin dan penduduk tempatan. Ini kerana pengusaan British terhadap Tanah
Melayu telah menyebabkan wujud perubahan social dan ekonomi dalam masyarakat
tempatan. Pembaharuan yang dijalankan oleh British tidak boleh diterima oleh
masyarakat tempatan pada masa itu. Contohnya dalam soal pengutipan cukai. Sebelum
kedatangan British, pembesar-pembesar Melayu mempunyai autoriti dalam aktiviti
ekonomi ini. Namun demikian, berikutan dengan penjajahan British mereka telah
mengambil kuasa pemungut cukai ini dan mengenakan beberapa cukai yang lain ke
atas penduduk tempatan. Perkara ini telah membangkitkan kemarahan di kalangan
rakyat di Tanah Melayu.
Dari segi kepimpinan
pula, penguasaan British di Tanah Melayu di lihat sebagai mencabar kewibawaan
pembesar Melayu sebagai pemimpin tradisi tempatan. Sikap pihak British yang
cuba campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat Melayu juga telah turut
menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan. Sehubungan dengan itu tercetus usaha
dan percubaan untuk membebaskan diri daripada cengkaman British seperti Sultan
Kedah yang cuba menduduki kembali Pulau Pinang pada tahun 1789, pemberontakan
Dol Said di Naning pada tahun 1895, pemberontakan Datuk Bahaman di Pahang pada
tahun 1895, pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih pada tahun 1915 dan
penentangan yang dilancarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada
tahun 1928.
Perkembangan
nasionalisme yang tidak bersenjata pula lebih berupakan semangat kebangsaan
yang digerakkan oleh tokoh-tokoh intelektual tempatan yang berusaha membawa
perubahan pemikiran dalam masyarakat. Selain itu, ia juga meliputi perkembangan
pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersifat bukan politik, separa politik dan
yang bersifat politik. Perkembangan nasionalisme ini juga lebih disebabkan oleh
pendedahan dan peluang-peluang yang diperoleh oleh masyarakat terhadap ilmu
pengetahuan dan pengalaman merekan terhadap perkembangan politik luar negeri.
Ia dikategorikan sebagai semangat nasionalisme bukan bersenjata kerana
pendekatan yang digunakan oleh para tokoh pada masa tersebut adalah secara
ilmuan iaitu menggunakan media massa, madrasah-madrasah juga sekolah-sekolah
dan pusat-pusat pengajian. Mereka juga banyak melahirkan cita-cita mengenai
pembaharuan, aspirasi ke arah kemajuan ekonomi, politik dan social melalui
tulisan-tulisan dan pandangan mereka yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar dan
majalah zaman itu. Nasionalisme bukan bersenjata ini juga turut meliputi
perkembangan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai kaitan langsung dengan
kaum-kaum bukan melayu, khususnya Cina dan India sama ada yang bersifat bukan
politik mahupun politik. Corak dan perkembangan nasionalisme di kalangan meraka
juga sama dengan perkembangan nasionalime di kalangan penduduk peribumi.