Friday 10 October 2014

NAMA : SALHAZMI FHUAD BIN ESAL
NO MATRIK : 07DKA14F1090


        Daripada  konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah , maka rakyat sedar bahawa mereka berada di dalam penjajahan British. Perlu diingat bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu , ini kerana sehingga perang dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai taat setia yang tidak serupa.  Taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap Negara cina dan taat setia orang india adalah terhadap Negara india . Maka orang melayu sahaja yang mendapat tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada pejajahan British pada tahap-tahap awal.
        Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme iaitu faktor luaran dan juga faktor dalaman.Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus diluar tanah melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada perkembangan semangat nasionalisme orang melayu di Tanah Melayu. Faktor-faktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat nasionalisme orang melayu.
       Selain daripada itu, pengaruh dari jepun sejak tahun 1868, Jepun muncul Negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan Negara jepun. Jepun menubahsuai teknologi barat untuk kegunaannya. Jepun Berjaya meniru teknologi barat, kesan daripada itu, orang asia dan melayu mulai sedar tentang kepentingan pelajaran,teknologi dan perpaduan.
       Bagi faktor dalaman pula, merupan peristiwa-peristiwa yang tercetus di tanah Melayu dan memberi kesan yang sangat besar dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.Contohnya, kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka.


 NAMA : AG SYAFIQ IRFAN BIN AG YACCUB
NO MATRIK : 07DKA14F1062




Nasionalisme merupakan gerakan untuk mencipta masyarakat yang boleh berfikir secara meluas dan dapat memberi kebahagian kepada seseorang bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Nasionalisme juga merupakan tindakan yang menunjukkan cinta akan kepada bangsa dan Negara. Elemen yang terpenting dalam nasinalisme ialah cinta akan tanah air. Ini kerana tanpa semangat nasionalisme Negara Malaysia mungkin tidak akan hidup dengan aman. Kesimpulannya, nasionalisme adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namum begitu, semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan berbanding dengan Negara-negara lain  di Asia Tenggara.          
Secara umumnya, semangat nasionalisme ini terbentuk ketika penentangan tokoh-tokoh pemimpin terhadap british. Ini kerana dasar pernaklukan british yang telah mengubah peraturan-peraturan yang sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Selain itu, campur tangan british dalam adat resam masyarakat melayu. Oleh itu, pembesar ataupun pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila british menjajah.
Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa factor yang menjadi pemangkin nasionalisme. Antaranya, pengenalan sistem politik barat, ini kerana british telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentadiran maka para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka telah diganti. Oleh kerana perubahan ini telah mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka. Factor yang seterusnya ialah ketika pendudukan jepun. Jepun telah memberikan harapan palsu dimana Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dan berjanji akan memerdekakan mereka. Akan tetapi kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun telah menyebabkan penduduk tanah Melyu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.











Nama : Aizul Shakir Bin Mohd Nor
No Matrik : 07DKA14F1096


Secara umum, gerakan masionalisme di Malaysia terbahagi kepada dua sudut iaitu masyarakat peribumi dan masyarakat imigran . Dari sudut masyarakat peribumi, kita boleh klasifikasikan kepada dua bentuk perkembangan ataupun gerakan iaitu gerakan radikal bersenjata dan sederhana iaitu gerakan yang dijalankan melalui pertubuhan dan dessakan media massa. Walau bagaimana pun pengkelasan ini hanya untuk memudahkan pengkaji-pengkaji menerokai perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Saya akan membahagikan pergerakan nasionalisme kepada dua iaitu pergerakan bersenjata dan tidak bersenjata.

Perkembangan semangat nasionalisme di Malaysia boleh dikatakan bermula apabila orang Melayu Melaka menentang kuasa-kuasa asing yang cuba menjajah mereka seperti kuasa Portugis dan Belanda, dan juga di Kedah yang menentang penguasaan Siam. Terdapat beberapa sebab utama mengapa penduduk tempatan melancarkan pemberontakan terhadap penjajahan Inggeris antaranya ialah dari segi faktor sosioekonomi, agama dan adat resam serta kepimpinan. Aspek sosioekonomi boleh dikatakan sebagai sebab utama terhadap kewujudan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan penduduk tempatan. Ini kerana pengusaan British terhadap Tanah Melayu telah menyebabkan wujud perubahan social dan ekonomi dalam masyarakat tempatan. Pembaharuan yang dijalankan oleh British tidak boleh diterima oleh masyarakat tempatan pada masa itu. Contohnya dalam soal pengutipan cukai. Sebelum kedatangan British, pembesar-pembesar Melayu mempunyai autoriti dalam aktiviti ekonomi ini. Namun demikian, berikutan dengan penjajahan British mereka telah mengambil kuasa pemungut cukai ini dan mengenakan beberapa cukai yang lain ke atas penduduk tempatan. Perkara ini telah membangkitkan kemarahan di kalangan rakyat di Tanah Melayu.

Dari segi kepimpinan pula, penguasaan British di Tanah Melayu di lihat sebagai mencabar kewibawaan pembesar Melayu sebagai pemimpin tradisi tempatan. Sikap pihak British yang cuba campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat Melayu juga telah turut menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan. Sehubungan dengan itu tercetus usaha dan percubaan untuk membebaskan diri daripada cengkaman British seperti Sultan Kedah yang cuba menduduki kembali Pulau Pinang pada tahun 1789, pemberontakan Dol Said di Naning pada tahun 1895, pemberontakan Datuk Bahaman di Pahang pada tahun 1895, pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih pada tahun 1915 dan penentangan yang dilancarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada tahun 1928.

Perkembangan nasionalisme yang tidak bersenjata pula lebih berupakan semangat kebangsaan yang digerakkan oleh tokoh-tokoh intelektual tempatan yang berusaha membawa perubahan pemikiran dalam masyarakat. Selain itu, ia juga meliputi perkembangan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersifat bukan politik, separa politik dan yang bersifat politik. Perkembangan nasionalisme ini juga lebih disebabkan oleh pendedahan dan peluang-peluang yang diperoleh oleh masyarakat terhadap ilmu pengetahuan dan pengalaman merekan terhadap perkembangan politik luar negeri. Ia dikategorikan sebagai semangat nasionalisme bukan bersenjata kerana pendekatan yang digunakan oleh para tokoh pada masa tersebut adalah secara ilmuan iaitu menggunakan media massa, madrasah-madrasah juga sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian. Mereka juga banyak melahirkan cita-cita mengenai pembaharuan, aspirasi ke arah kemajuan ekonomi, politik dan social melalui tulisan-tulisan dan pandangan mereka yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar dan majalah zaman itu. Nasionalisme bukan bersenjata ini juga turut meliputi perkembangan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai kaitan langsung dengan kaum-kaum bukan melayu, khususnya Cina dan India sama ada yang bersifat bukan politik mahupun politik. Corak dan perkembangan nasionalisme di kalangan meraka juga sama dengan perkembangan nasionalime di kalangan penduduk peribumi.



2 comments:

  1. Lucky Club Casino site | Lucky Club Live
    Lucky Club Casino is a virtual casino site that brings you the best in online gaming. You can play the best luckyclub.live online slots, table games, & poker games

    ReplyDelete
  2. New slot machines coming to Jamul Casino - KTHR
    › news › next-megaways-jimul › 안성 출장마사지 news › next-megaways-jimul Jul 18, 거제 출장안마 2021 — Jul 18, 2021 천안 출장안마 NEW SLOTS FROM JAMUL CASINO · 양산 출장마사지 New slot machines coming to Jamul Casino · New slot machines coming to Jamul Casino · 계룡 출장샵 New slot machines coming to Jamul Casino · New slot

    ReplyDelete